[ CARA PEMAKAIAN ]


Posting ini ditujukan kepada pengguna baru Premium Beautiful. Ianya tidak lah sukar & hanya memerlukan masa beberapa minit. Hari demi hari,anda akan merasa seperti anda mengenakan pakaian dalam kegemaran anda.


1. CARA MEMAKAI LONG GIRDLE

 

Pada mulanya haruslah dipakai long girdle terlebih dahulu. Pada yg pertama kali mencuba pemakaian long girdle adalah sedikit mencabar kerana seluar ini masih lagi ketat.
  1. Lipatkan bahagian atas long girdle ke arah keluar.
  2. Masukkan kaki anda dgn berhati-hati. Perlahan tarikkan long girdle. Setelah mencapai pinggul anda,buka bahagian lipatan.
  3. Letakkan tangan anda ke dlm long girdle, & tolakkan daging di bahagian pinggul ke punggung anda. Angkat punggung anda dgn sebelah tangan sementara gunakan tangan yang lain di luar long girdle utk menolaknya. 
  4. Akhirnya,betulkan bahagian depan & belakang long girdle sehingga anda merasa selesa.
 

2. CARA MEMAKAI LONG BRA

  

Seterusnya, anda perlu memakai long bra. Cara pemakaian yg mudah & senang difahami. Anda boleh mengikut cara seperti gambar rajah di atas @ mengikut kaedah di bawah.
  1. Pusingkan bra, dengan pencangkuk berada di hadapan badan anda,bukan di belakang. (Jangan pakai tali bra lagi)
  2.  Pasangkan semua pencangkuk, dan perlahan-lahan pusingkan bra anda sehingga pencangkuk berada di belakang anda. (Cara ini akan memudahkan anda utk memasang semua pencangkuk).
  3. Pastikan badan anda kering apabila memusingkan bra bagi memudahkan ianya dapat "meluncur" dengan baik.
  4. Apabila pencangkuk berada dibelakang,anda boleh pakaikan tali bra.
  5. Membongkok sedikit supaya payudara anda dpt memenuhi mangkuk dengan betul. Kemudian,berdiri tegak & letakkan tangan anda ke dlm mangkuk & tarik payudara anda ke tengah.


3. CARA MEMAKAI BENGKUNG


Pastikan anda memakai bengkung akhir sekali (selepas long girdle & long bra). Teknik pemakaian bengkung adalah sedikit mencabar.
  1. Ketatkan cangkuk pada bengkung.
  2. Kemudian,pusingkan sehingga 'berlian' pada bengkung berada di pertengahan badan,selaras dengan 'berlian' di long girdle & long bra.
  3. Tahan nafas & tarik tali sekuat-kuatnya/cekang-cekangnya (membawa kesan pinggang meramping).
  4. Anda perlu menyilang tali tersebut yg kiri ke kanan & yg kanan ke kiri.
  5. Seterusnya, masukkan baki tali pada lubang tali yg berkenaan.
**Jika anda mendapati tali tidak sampai, memadai dgn mengikat reben tali tersebut di belakang. Jika tali terjuntai di hadapan walaupun cangkuk pada butang terakhir plastik, sila pendekkan tali dgn cara mengikat reben di bahagian tali yg mempunyai manik.


PERINGATAN!!!
  • Untuk mencapai hasil yg optimum,pastikan anda memakai premium beautiful 8 jam setiap hari & minum sekurang-kurangnya 8 gelas air.
  • Dilarang sama sekali basuh di mesin basuh, hanya cucian tangan sahaja. Iron,dry clean,memerah/memintal kuat,menjemurnya 'direct sunlight' adalah dilarang. Ianya untuk menjaga kualiti sinaran fir dan tektur kain supaya tahan lebih lama.